Profile Picture

Aqilah Binti *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Degree In Islamic Studies And Science (Biohealth), Universiti Malaya

Skudai, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam perkenalan. Nama saya Teacher Aqilah. Seorang pendidik yang mempunyai kemahiran intrapersonal dan interpersonal yang baik, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam dwimajor Pengajian Islam dan Biokesihatan. Saya mempunyai pengalaman 2 tahun sebagai guru ganti di MRSM dan guru di Sekolah Antarabangsa dalam kurikulum IGCSE, KSSM, dan KSSR. Subjek Biologi merupakan subjek major, serta Kimia, Sains dan bahasa Melayu sebagai subjek-subjek minor. Saya merupakan seorang pendidik komited yang mempunyai cita-cita yang tinggi dalam pertumbuhan intelek dan peribadi pelajar-pelajar saya.
Teaching Method(s)
Berbekalkan pengalaman 2 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik yang berpusatkan kepada pelajar-pelajar saya. Strategi yang digunakan berfokuskan kepada perkembangan dan pencapaian pelajar. Pendekatan khusus seperti peta minda dalam subjek-subjek Sains mampu memastikan para pelajar memahami konsep asas dalam sesuatu topik. Di samping, pendekatan seperti kaedah inkuiri dan deduktif juga digunakan untuk mengaitkan konsep yang dipelajari dengan keadaan sekeliling. Kefahaman pelajar-pelajar lebih dititik beratkan untuk mencapai kecermelangan pelajaran dan kehidupan seharian, merupakan visi saya sebagai seorang pendidik.
Subject
Subject School Level
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 5, Cambridge - Tahun 8
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4, Darjah 5