Saya Miss Sara, seorang pelajar ijazah Sarjana Muda Psikologi Keluarga dan Kanak-Kanak. Saya seorang pelajar cemerlang dalam subjek Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mempunyai pengalaman mengajar selama setahun, walaubagaimanapun saya telah menerima maklum balas yang positif dari pelajar saya tentang pengajaran saya.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah melalui pendekatan terhadap murid/pelajar.Saya percaya setiap murid/pelajar mempunyai tahap penerimaan dan kecekapan berfikir yang berbeza , oleh itu pengajaran saya bagi setiap individu kemungkinan berbeza mengikut pada tahap pelajar tersebut. Saya juga memastikan format yang diajar adalah selaras dengan silibhs semasa dibantu oleh golongan profesional yang saya kenali.