Profile Picture

Khadijah Lokman

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Master Kurikulum & Pedagogi

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Semenyih, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam kenal & hai. Saya Khadijah Lokman seorang yang memiliki pengalaman dalam bidang latihan dan berada dalam dunia pendidikan selama 7 tahun. Saya seorang yang komited dalam dunia pendidikan. Saya telah membina modul pembelajaran kendiri dan quranic therapy untuk pelajar sekolah dan orang dewasa secara umum. Saya berpengalaman dalam mengajar mengaji dan program tadabbur asas untuk pelajar sekolah dan dewasa secara umum. Bidang fokus saya adalah al-quran(mengaji & tadabbur), sains, matematik dan biologi. Tambahan saya juga telah membangunkan modul motivasi untuk golongan pelajar. Saya telah mengeluarkan sebuah buku mini motivasi dan ebook untuk membantu pelajar sekolah dan pelajar dewasa. Tuan Puan nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan diri mereka? Jom hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya gemar menggunakan teknik-teknik yang menarik mengikut kemampuan setiap pelajar. Selain itu, saya juga menekankan latih tubi agar pelajar mahir dengan soalan-soalan ujian dan peperiksaan. Saya memfokuskan teknik peta minda dan visual untuk memudahkan pelajar faham mengikut kesesuaian subjek. Untuk mencapai objektif pembelajaran, saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur agar pelajar lebih fokus, ingat dan mudah faham. InsyaAllah
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Mengaji - Iqra Dewasa
Tadabbur Asas (Basic)