Profile Picture

Suwaidah Bt *******

(Physical)

Sarjana Muda - Degree In Bahasa & Linguistik Melayu (Universiti Putra Malaysia)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Klang, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Suwaidah atau Cikgu Sue. Berpengalaman mengajar selama hampir 10 tahun dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Selain itu, saya juga mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sekolah Rendah. Saya juga mengajar mata pelajaran Sejarah bagi peringkat SPM. Selain sebagai tutor saya juga pernah menjadi guru prasekolah selama 2 tahun dan sebagai guru bimbingan membaca untuk para pelajar dari umur 4-6 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik Melayu dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2002 memberikan banyak peluang kepada saya untuk meluaskan penguasaan dan kemahiran Bahasa Melayu kepada para pelajar di semua peringkat. Saya berpengalaman mengendalikan Seminar UPSR, PT3 & SPM juga kelas-kelas intensif dan bengkel ulangkaji. Di samping itu, saya juga pernah menghadiri kursus utk Guru BM peringkat UPSR, PT3 & SPM pada tahun 2019 dan memiliki sijil kelayakan teknik bimbingan membaca fonik pada tahun 2018. Antara kejayaan yang dicapai adalah berjaya membantu pelajar-pelajar di bawah kendalian saya mendapat keputusan A dan sekurang-kurangnya B di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekaligus mendapat keputusan baik dan cemerlang secara keseluruhan di dalam peperiksaan UPSR & PT3 pada tahun 2018-2019. Misi saya adalah terus berusaha untuk membantu pelajar-pelajar yg lemah dan kurang fokus berjaya di dalam bidang akademik mereka.
Teaching Method(s)
Pendekatan yang saya gunakan ketika sesi pengajaran ialah dengan memfokuskan kepada kelemahan pelajar terutama dari segi penguasaan tatabahasa dan membina ayat. Saya lebih cenderung untuk mengenal pasti apa kelemahan pelajar saya dan seterusnya memberikan seberapa banyak latihan bagi tujuan penguasaan. Selain itu, pendekatan lain yang digunakan dalam pengajaran saya ialah dengan memberi latihan berdasarkan soalan-soalan yang lepas seperti soalan peperiksaan awal dan akhir tahun serta soalan-soalan peperiksaan dari sekolah-sekolah di setiap negeri. Bagi mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu SPM pendekatan saya adalah berdasarkan kepada soalan-soalan peperiksaan yang lepas dan kesemuanya berdasarkan skema jawapan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara kesimpulannya, bahan-bahan pengajaran saya seperti nota dan latihan adalah 100% mengikut silibus KSSR dan KSSM di sekolah. Bagi kelas membaca pula saya menggunakan kaedah bacaan fonik dan apa yang penting pelajar-pelajar haruslah dapat mengenal huruf terlebih dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Oleh itu, sesiapa yang menghadiri kelas bersama saya pasti tidak akan bosan kerana saya seorang yang mudah mesra dan suka mengambil hati pelajar agar mereka lebih fokus kepada pembelajaran. Selain itu, teknik belajar sambil berbincang dan menjadikan pelajar sebagai kawan ialah teknik yang sangat berkesan dalam kaedah pengajaran yang saya sampaikan. Jika anda rasa inginkan tutor seperti saya marilah mendaftar sekarang untuk temujanji kita seterusnya.
Rating & Review

Menaga Kannadasan : Bahasa Melayu

Kelas tidak jalan dihari Berikut ia adalah gambar lama. Cikgu hanya datang sekali

Nooakma Binti Awang Lah : Bahasa Melayu

Tutor yg sgt bagus. Tegas dalam mendidik.

Nooakma Binti Awang Lah : Bahasa Melayu

Tutor yg sgt bagus. Tegas dalam mendidik.

Nooakma Binti Awang Lah : Bahasa Melayu

Tutor yg sgt bagus. Tegas dalam mendidik.

Nooakma Binti Awang Lah : Bahasa Melayu

Tutor yg sangat bagus. Seorang yg tegas tetapi pengajaran yg mudah difahami.

Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5, Tingkatan 4
Membaca B. Inggeris Tadika
Membaca B. Melayu Tadika
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3