Profile Picture

Nurul Amira *******

(Physical)

Sarjana Muda - Pengurusan Sistem Pejabat

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Bandar Baru Bangi, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pengurusan Sistem Pejabat. Saya mempunyai minat dalam mengajar subjek yang melibatkan matematik. Sepanjang tempoh 5 tahun di dalam pengajian, saya ada menyertai program Mentor-Mentee dimana saya mengajar pelajar tahun baharu di dalam subjek Business Mathematics selama beberapa minggu. Selain itu, saya secara aktif ada membantu rakan-rakan saya sepanjang pengajian yang memerlukan bimbingan dalam yang melibatkan kira-kira seperti Business Mathematics, Economics dan Fundamental of Accounting. Saya berasa sangat seronok dan bersemangat apabila dapat membantu rakan-rakan dalam subjek-subjek ini kerana ini adalah menjadi satu kepuasan bagi saya apabila rakan-rakan dapat memahami dan menguasai subjek yang saya tersebut. S
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang berkesan bagi saya adalah apabila saya dapat memberi bimbingan dan ajaran secara bersemuka kerana saya dapat kenal pasti sama ada pelajar tersebut benar-benar memahami atau tidak. Selain itu, saya akan menggunakan pendekatan dengan menggunakan cara yang termudah untuk mengingati sebarang formula ataupun keypoints. Sebelum meneruskan pengajaran ke bahagian yang seterusnya, kebiasaannya saya akan memberi latihan ataupun kuiz bagi memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik. Teknik-teknik pengajaran ini yang saya sering terapkan apabila mengajar rakan-rakan di universiti mahupun pelajar sekolah.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca B. Melayu Darjah 1