Profile Picture

Nur Azimah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Degree In International Finance Of Economics (Universiti Malaysia Sabah)

Universiti Malaysia Sabah (Labuan) (Graduated)

Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Teacher Azi. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 10 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Ekonomi merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek Akaun, Pengajian Perniagaan dan Sejarah merupakan subjek minor. saya berpengetahuan dalam teknik menjawab SPM bagi subjek tersebut, kerana telah mengikuti beberapa bengkel teknik menanda kertas soalan dan teknik menyediakan kertas soalan PT3 dan SPM yang diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah telah menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang dan Skor A. Saya juga sering mengadakan kelas tutor bagi pelajar sekolah rendah dan teknik membaca bagi pra sekolah. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 10 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM merupakan suatu teknik yang telah saya lakukan sehingga pelajar gagal boleh mendapat Skor A dlm SPM. Semangat dan cinta pada subjek dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu Tadika, Darjah 1
Mengaji - Iqra Tadika
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5