Profile Picture

Zahed Bin *******

Diploma Pascasiswazah - Civil Engineering

Universiti Teknologi MARA (Jengka) (Graduated)

Seri Kembangan, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Awam dari UiTM Pahang dan kini berkhidmat sebagai Pengurus Projek di sebuah syarikat IT. Pada masa yang sama, saya sedang melanjutkan pengajian secara separuh masa dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Selain itu, saya juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Operasi Latihan Vokasional, yang memperkukuhkan lagi kefahaman saya dalam bidang latihan dan pendidikan.

Saya komited untuk membimbing pelajar bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga dalam membentuk kefahaman yang mendalam tentang bagaimana ilmu dapat diterapkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan. Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi tersendiri, dan menjadi tanggungjawab saya sebagai tutor untuk mencungkil, menyokong dan membina keyakinan diri mereka melalui pendekatan pembelajaran yang tersusun, inklusif dan berfokus.

---

I am a Diploma graduate in Civil Engineering from UiTM Pahang and currently working as a Project Manager in an IT company. At the same time, I am pursuing a Bachelor's Degree in Administrative Science on a part-time basis. In addition, I hold a Malaysian Skills Certificate (SKM) Level 3 in Vocational Training Operation, which strengthens my foundation in the field of training and education.

I am committed to guiding students not only in academic learning but also in helping them understand how knowledge can be applied in daily life and future careers. I believe every student has their own unique potential, and it is my responsibility as a tutor to uncover, support, and build their confidence through a structured, inclusive, and goal-oriented teaching approach.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran saya, pendekatan yang digunakan akan bergantung kepada keperluan dan tahap pemahaman pelajar. Pada permulaan setiap sesi, saya akan berkongsi ringkasan hasil pembelajaran (learning outcome) secara ringkas supaya pelajar tahu apa yang bakal mereka pelajari dan capai. Ini membantu memberi fokus awal kepada sesi tersebut.

Sepanjang sesi, saya akan menilai kekuatan dan kelemahan pelajar melalui tugasan ringkas, perbincangan terbuka dan soal jawab. Saya juga akan bertindak balas secara fleksibel mengikut tahap kefahaman dan situasi semasa pelajar agar kaedah penyampaian lebih berkesan. Komunikasi dua hala sangat saya tekankan, pelajar digalakkan untuk bertanya, berbincang, dan mengaitkan pembelajaran dengan situasi harian agar ilmu lebih mudah difahami dan relevan.

Di akhir sesi, saya akan merujuk semula kepada learning outcome yang telah ditetapkan pada awal kelas untuk memastikan pelajar benar-benar memahami dan mencapai matlamat pembelajaran yang diharapkan. Ini juga membantu pelajar menilai sendiri perkembangan mereka secara berterusan dan membina keyakinan untuk sesi seterusnya.

---

In my teaching sessions, I tailor my approach based on the student’s needs and level of understanding. At the beginning of each session, I will provide a simple summary of the intended learning outcomes, so the student knows what to expect and focus on during the lesson.

Throughout the session, I assess the student's strengths and weaknesses through short tasks, open discussions, and Q&A. I respond accordingly to their current level of understanding to ensure the delivery is clear and effective. I highly encourage two-way communication, where students are free to ask questions, share their thoughts, and relate the lesson to real-life situations. This helps make the learning more practical and meaningful.

At the end of each session, I will revisit the learning outcomes to check whether the student has met the expected goals. This also allows the student to reflect on their own progress and build confidence for future sessions.
Subject
Subject School Level
Kejuruteraan Awam
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 4