Merupakan graduan dari Universiti Malaysia Perlis Dalam bidang Perniagaan Antarabangsa. Saya mempunyai minat yang mendalam untuk membantu pelajar memahami sesuatu subjek. Antara tujuan lain saya mendaftar sebagai tutor adalah kerana saya berpeluang untuk memberi semula kepada masyarakat di samping memperoleh pengalaman dalam bidang pendidikan.
Teaching Method(s)
Secara amnya saya tidak mempunyai teknik pengajaran yang formal untuk diterapkan semasa mengajar kerana saya sendiri bukan graduan lepasan pendidikan. Tetapi berdasarkan pengalaman belajar, saya akan cuba untuk menerapkan pemahaman konsep sesuatu tajuk terlebih dahulu kepada pelajar dan mengaitkan dengan perkembangan dunia luar.