Profile Picture

Siti Solehah *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) Dengan Kepujian

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Durian Tunggal) (Graduated)

Machang, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Siti. Saya telah mempunyai pengalaman dalam mengajar murid darjah 3 dan 4 di sekolah rendah . Saya mengajar subjek Sains bagi murid darjah 3 dan subjek Matematik bagi murid darjah 4.Saya amat bersemangat dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cara yang menarik dan interaktif. Saya percaya bahawa pembelajaran harus menjadi pengalaman yang menyeronokkan, dan dengan itu, saya sentiasa berusaha untuk mencipta suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang menggalakkan pertukaran idea dan pemikiran kritis dengan murid.Saya juga merupakan cikgu yang ramah dengan murid tetapi dalam masa yang sama tegas bagi membentuk fokus yang baik kepada murid ketika belajar.Saya juga ingin memberikan yang terbaik kepada murid agar murid dapat mencapai kecemerlangan yang diinginkan didalam pelajaran. Jika inginkan khidmat mengajar supaya murid menjadi lebih faham dalam pelajaran.Jadikan saya tutor anda hari ini.
Teaching Method(s)
Saya lebih suka memfokuskan kepada latihan latih tubi dengan murid bersama-sama supaya murid mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Saya juga menggunakan teknik soal jawab dengan murid.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.Tujuan utama teknik ini ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Saya juga akan menggunakan teknik PAK 21 dalam memastikan murid dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Murid juga dapat
mempunyai perasaan ingin tahu serta sentiasa mendengar dan membuat refleksi tentang subjek yang diajar.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4
Matematik Darjah 4, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1