Profile Picture

Tuan Nur *******

Diploma Pascasiswazah - Postgraduate Diploma In Teaching

Open University Malaysia (Graduated)

Kuala Besut, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan lepasan Kimia dengan Pengurusan di Uitm Jengka. Saya juga merupakan graduan lepasan OUM dalam jurusan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Saya telah menjalani praktikum di sebuah sekolah rendah dan mengajar matapelajaran Matematik (major) dan juga Sains (minor) selama 3 bulan. Seterusnya, saya mempunyai pengalaman mengajar di dua buah pusat tuisyen bagi mengukuhkan lagi pengalaman saya dalam bidang pendidikan ini. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang.Saya menekankan ketegasan semasa mengajar agar anak didik akan menjadi lebih berdisiplin dalam menuntut ilmu. Saya juga akan sentiasa memastikan anak didik saya akan mencapai objektif bagi setiap sesi akhir pembelajran. Saya juga suka akan membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
Teaching Method(s)
Saya menjadikan sesi pembelajaran bukan sahaja berinformasi tetapi juga menyeronokkan. Saya percaya bahawa belajar tidak perlu membosankan sentiasa mencari cara untuk memastikan setiap pelajar terlibat aktif dan berminat dalam pelajaran. Bagi kelas dalam talian, saya menyediakan nota yang berwarna-warni untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan visual. Nota ini bukan sahaja membantu dalam pemahaman tetapi juga menambah elemen kreatif dalam sesi pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6