Profile Picture

Muhamad Firdaus *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Information Technology (Hons), Unitar International University

Universiti Antarabangsa UNITAR (Ongoing Study)

Kampar, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya ialah seorang mahasiswa yang telah melalui banyak pengalaman menarik sejak meninggalkan sekolah menengah. Saya bersekolah menengah di sebuah Sekolah Berasrama Penuh, dan saya berjaya meraih keputusan cemerlang (A+) dalam subjek Matematik SPM. Pengetahuan Matematik ini akan saya kongsikan dengan anak-anak Tuan Puan melalui program MyTutor ini.

Setelah itu, saya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa di UiTM dan berjaya menamatkannya dengan CGPA 3.26. Saya turut terlibat dalam membina projek "Temperature Monitoring System" menggunakan Arduino Uno untuk Projek Tahun Akhir saya.

Selepas menamatkan diploma, saya bekerja sebagai Equipment Engineering Specialist selama beberapa tahun sehingga ditamatkan perkhidmatan akibat impak ekonomi pasca COVID-19. Namun, pengalaman ini membuka peluang untuk saya kembali mengejar pendidikan, dan kini saya sedang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan pengkhususan Kejuruteraan Perisian (Bachelor of Information Technology, majoring in Software Engineering).

Keputusan pengajian saya setakat ini amat memuaskan dengan CGPA 4.00 (4 flat). Saya turut terlibat dalam membina dua projek kerja kursus yang menarik, iaitu "Electricity Bill Generator" menggunakan bahasa pengaturcaraan C++ untuk subjek Programming Principles and Techniques, dan "Inventory System Full-Stack Web Application" menggunakan HTML, CSS, PHP, dan MySQL untuk subjek Database. Lebih banyak projek akan saya bina pada masa akan datang.

Pada semester ini, saya juga menjadi tutor bagi rakan-rakan sekelas dalam subjek Discrete Mathematics sebagai persediaan sebelum mempelajari subjek Data Structures and Algorithms pada semester akan datang. Semua ini memerlukan pemahaman Matematik yang kukuh, dan saya akan berusaha untuk berkongsi pengetahuan dan membantu anak-anak Tuan Puan mencapai kejayaan yang sama.

Teaching Method(s)
Tuan Puan, saya memahami bahawa pengukuhan teori Matematik asas bagi anak-anak adalah aspek penting dalam pendidikan mereka. Ini kerana setelah mereka menamatkan persekolahan, mereka akan berhadapan dengan pelbagai situasi dunia kehidupan sebenar yang memerlukan pengetahuan Matematik.

Contohnya, dari aspek kecil seperti mengira baki duit semasa membuat pembayaran di kedai, sehingga kepada situasi yang lebih besar seperti merancang kewangan peribadi, menganalisis kekuatan struktur bahan, menganalisis litar elektrik dan elektronik, merancang sistem komunikasi, analisis tanah, pembangunan bandar, perancangan aliran trafik jalan raya, ramalan trend ekonomi, rekabentuk sistem komputer, analisis data klinikal, pemodelan populasi penduduk negara, meramalkan hasil rawatan dan ujikaji klinikal, dan banyak lagi.

Bagi saya, integrasi Matematik dalam kehidupan seharian adalah sangat penting. Penggunaan teori Matematik bukan hanya sebagai alat pengiraan, tetapi juga sebagai kaedah berfikir yang membantu dalam membuat keputusan yang rasional. Oleh itu, saya setuju dengan kepentingan memberikan asas Matematik yang kukuh kepada generasi muda untuk membolehkan mereka berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan. Pemahaman yang kukuh dalam Matematik akan memberi mereka keupayaan untuk menangani cabaran ini dengan lebih baik.

Oleh itu, saya akan mengenal pasti kelemahan anak-anak Tuan Puan dengan menilai sejauh mana kebolehan mereka menjawab soalan-soalan latihan. Daripada situ, saya akan memberikan fokus kepada topik-topik yang memerlukan lebih banyak perhatian berbanding dengan topik-topik lain yang telah mereka kuasai. Melalui penekanan terhadap pengetahuan asas dan juga melalui latihan intensif Matematik seperti ini, anak-anak Tuan Puan dapat memahami dan mengingati konsep Matematik dengan lebih baik.
Subject
Subject School Level
Mathematics DLP Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3