Saya merupakan seorang tutor yang ramah dalam pada masa yang sama saya seorang yang agak tegas. Saya mengutamakan disiplin dalam setiap tugasan. Tujuan saya sebagai seorang tutor adalah membantu pelajar memperoleh pemahaman yang mendalam tentang subjek yang diajarkan, bukan hanya sekadar mendapatkan markah yang tinggi. Saya mengukur kejayaan pelajar bukan hanya dari prestasi akademik, tetapi juga dari kepercayaan diri yang diperoleh dalam pembelajaran.
Teaching Method(s)
Pendekatan pengajaran saya adalah lebih kepada penggunaan pendekatan interaktif yang memastikan setiap pelajar memahami konsep dengan baik. Saya percaya setiap pelajar memiliki kekuatan dan gaya belajar yang berbeza, jadi saya berusaha menyesuaikan pendekatan saya agar sesuai dengan keperluan individu setiap pelajar.