Profile Picture

Nur Izzah *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education In Chemistry With Hons

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Bachok, Kelantan

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil opsyen Kimia sebagai subjek major dan Matematik sebagai subjek minor saya. Sejujurnya saya hanya mempunyai pengalaman mengajar semasa latihan mengajar selama 2 bulan di salah sebuah sekolah kluster. Banyak perkara yang telah saya belajar disana untuk menjadi seorang guru yang sebenar. Semasa tempoh latihan mengajar juga, saya turut melaksanakan kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 4 bagi mata pelajaran kimia dan juga pelajar tingkatan 3 bagi mata pelajaran matematik. Saya telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh guru untuk mendidik para pelajar disana. Saya mampu mewujudkan suasana belajar yang tidak memberi tekanan kepada pelajar serta dapat berkomunikasi dengan baik. Saya yakin mampu menjadi seorang tutor yang berkesan dan berjaya. Tuan/Puan nak anak berjaya ? Boleh hubungi saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pengajaran abad ke-21 serta kaedah didik hibur dalam memastikan pelajar tidak mudah bosan. Sepanjang pengalaman saya mengajar di sekolah, saya banyak menggunakan multimedia serta teknologi dalam membantu proses pengajaran saya. Sebagai contohnya, subjek Kimia merupakan salah satu subjek yang digeruni oleh para pelajar disebabkan kesukaran dalam memahami konsep. Dalam mengatasi masalah ini, saya membangunkan e-modul berkaitan standard pembelajaran tersebut yang mana e-modul tersebut mengandungi pelbagai elemen yang menarik seperti video pengajaran, membina akronim bagi memudahkan pemahaman dan lain-lain lagi. Kesannya, para pelajar dapat memahami dengan mudah dan cepat.
Subject
Subject School Level
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 1
Sains Tingkatan 1