Saya merupakan mahasiswa Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).Saya telah berkecimpung dalam bidang pertutoran selama lebih setahun dalam subjek Matematik. Saya mempunyai pelbagai latar belakang pelajar yang lemah, sederhana serta cemerlang dari pelbagai buah negeri di Malaysia. Saya mengajar secara dalam talian. Pelajar saya terdiri daripada pelajar sekolah rendah tahap dua iaitu darjah 4, 5 dan 6. Saya seorang yang baik hati namun tegas. Saya akan memastikan pelajar faham sesuatu topik sebelum melangkah ke topik yang seterusnya. Saya bersedia 24 jam jika terdapat soalan yang hendak ditanyakan oleh pelajar. Pilihlah saya sebagai tutor anda !
Teaching Method(s)
Saya mampu membuat pelajar minat akan subjek matematik dengan cara mengajarkan pelbagai teknik yang mudah agar pelajar mudah untuk menguasai serta memahami sesuatu konsep dalam subjek matematik. Saya juga menggunakan pelbagai akronim agar pelajar mudah untuk mengingati sesuatu formula. Saya akan mempelbagaikan gaya pembelajaran agar pelajar tertarik serta minat terhadap pengajaran yang saya sampaikan.