Nama diberi Nor Dayana. Saya biasanya dikenali sebagai orang yang mesra dan mudah bergaul. Saya suka berinteraksi dengan orang baru, dan saya sentiasa bersedia untuk mendengar cerita-cerita menarik dari orang lain. Saya juga sangat rajin dan tekun dalam apa yang saya lakukan. Saya juga suka bekerjasama dengan orang lain dan membantu mereka mencapai kejayaan. Kejujuran dan integriti adalah prinsip-prinsip yang saya amalkan dalam kehidupan seharian.
Teaching Method(s)
Antara salah satu teknik pengajaran saya akan amalkan adalah dengan cara pembelajaran aktif dimana ia melibatkan pelajar melalui aktiviti yang memerlukan penyertaan mereka. Contohnya, perbincangan, perbahasan, hands-on experiment dan projek berkumpulan. Selain itu, dengan cara pengajar menyediakan bahan pengajaran. Seperti video atau bacaan, untuk disemak oleh pelajar sebelum kelas bermula. Hal ini membenarkan masa kelas menumpukan pada perbincangan, penyelesaian masalah dan aktiviti yang dilakukan. Tambahan pula, teknik pengajaran yang berkesan iaitu tutor sebaya dimana ia membenarkan pelajar untuk mengajar satu sama lain melalui pembentangan, kerja kumpulan, atau tunjuk ajar rakan sebaya dapat memupuk kerjasama dan mengukuhkan pemahaman melalui menerangkan konsep kepada pelajar lain.