Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Saya juga seorang tutor yang boleh dikatakan menghiburkan namun tegas. Seorang yang komited terhadap kerja dan paling penting tahu mengurus sistem pembelajaran yang efektif untuk pelajar agar lebih memahami dan sentiasa selesa untuk meneruskan pembelajaran.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pengajaran yang dimana terdapat perbincangan dan penyelesaian masalah yang dihadapi anak murid saya. Selain itu penggunaan model hidup, simbolik dan model persepsi penggunaan video agar pelajar lebih memahami sesuatu pengajaran dan diselang seli teknik daya hibur agar pelajar tidak mudah berasa bosan ketika sesi pembelajaran.