Saya seorang tutor yang penuh iltizam dan semangat untuk membantu anak didikan saya mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pendekatan yang santai namun penuh pengisian adalah medium yang saya yakin dapat membantu memudahkan pemahaman. Saya mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu serta Matematik, malah subjek Sains seperti Biologi juga saya dapat kuasai. Saya yakin peningkatan dalam akademik dapat dilihat menerusi pembelajaran bersama saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik rumusan dan peta minda untuk memudahkan semak semula nota sepanjang sesi pembelajaran. Penggunaan analogi, lukisan, serta uji minda secara berkala dapat membantu meningkatkan daya ingat serta kecekapan anak didik dalam sesi pembelajaran.