Saya dikenali dengan nama Cikgu Erra di sekolah. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 6 tahun di sekolah menengah kebangsaan. Seorang guru berpengalaman mengajar pelajar SPM selama dua tahun sepanjang perkhidmatan. Subjek matematik merupakan subjek major. Saya mengutamakan fun learning semasa mengajar kerana saya percaya sesi pdpc yang seronok akan menjadikan sesi pdpc yang berjaya dan mencapai objektif pembelajaran.
Teaching Method(s)
Pelbagai teknik pengajaran digunakan bergantung dengan keupayaan pelajar. Teknik penyoalan sering digunakan bagi membantu pelajar mengingat kembali konsep atau kemahiran matematik yang telah dipelajari dan seterusnya memperkukuhkan ilmu. Penekanan terhadap konsep membantu pelajar memahami masalah dalam soalan yang mempunyai pelbagai aras iaitu mudah, sederhana dan tinggi. Pengalaman selama 6 tahun dalam mengajar subjek Matematik mendedahkan saya terhadap pelbagai aras keupayaan pelajar dan pelbagai teknik pengajaran yang digunakan akan melahirkan pelajar yang mudah faham Matematik.