Saya Harith, pelajar perubatan tahun akhir di UiTM. Saya merupakan seorang yang berdedikasi dalam melakukan sesebuah tugasan dan kerja. Saya juga minat dalam mengajar rakan sebaya berkenaan subjek-subjek tertentu, dan dengan adanya kemahiran mengajar tersebut, saya boleh mengamalkannya untuk mengajar anak didik yang lebih muda. Saya berpengalaman mengajar pelajar sekolah rendah sewaktu saya berada di sekolah menengah. Saya seorang yang periang, mesra, tetapi tegas bagi memastikan sesebuah kerja yang telah diamanahkan kepada saya dapat dijalankan sehabis baik.
Teaching Method(s)
Saya menekankan konsep “individualized technique” yang bermaksud setiap teknik pengajaran saya bakal diubah suai mengikut kesesuaian dan kemampuan seseorang tersebut, kerana saya percaya masing-masing mempunyai tingkat kefahaman yang berbeza. Namun kebiasaannya, saya lebih gemar mengajar mengikut topik, kemudian diteruskan dengan kuiz pendek bagi mengenal pasti sejauh mana kefahaman anak didik saya.