Assalamualaikum
Assalamualaikum dan hai semua. Saya Teacher Aini. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan hampir 9 tahun. Saya mempunyai pegalaman mengajar anak² sekolah rendah di Damansara Damai ( SRI SAIDATINA KHADIJAH) selama 3 ½ tahun. Dan skrg bekerja sebagai guru tadika swasta di desa coalfields selangor hampir 5 tahun. Saya mempunyai kelebihan dalam subjek agama, subjek bahasa melayu, dan juga boleh mengajar subjek math dan bahasa inggeris. Saya pandai dalam menarik minat mahupun memujuk anak² kecil yg beremosi ketika belajar. Saya juga telah dihantar untuk mendapat training serta kursus pemantapan untuk menjadi seorang guru yg semakin meningkat prestasinya. Saya juga seorang guru yg tidak akan berputus asa dgn anak murid, saya akan pastikan anak murid saya berjaya. Anda mahu anak² anda dapat skor cemerlang serta dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka?? Hubungi saya hari ini
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama hampir 9 tahun, saya lebih suka menggunakan teknik belajar melalui bermain. Kerana anak² bawah daripada 10 tahun masih lagi dalam fasa yang suka bermain jadi bila gunakan teknik belajar melalui bermain mereka tidak akan cepat bosan. Saya juga suka menggunakan teknik pembelajran yang kreatif bersama anak murid. Selain itu, ada ketika saya juga suka menggunakan kaedah teknologi di dalam sesi pembelajaran saya. Bagi memastikan anak² murid saya senang terima apa yang saya ajar saya akan cuba mengenali dulu setiap watak/ karakter anak² terlebih. dahulu.