Saya Teacher Nazihah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dan Bahasa Melayu merupakan subjek minor saya. Saya pernah terpilih untuk terlibat dengan program yang dilaksanakan oleh UniMAP dengan kerjasama beberapa sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dalam membantu murid-murid sekolah rendah di seluruh negeri Perlis bagi subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Dengan pengalaman saya sepanjang setahun terlibat dengan program tersebut, saya mempunyai kemahiran dalam mengurus dan membimbing murid daripada kelas pemulihan. Jadi nak anak keluar daripada kelas pemulihan dan skor cemerlang? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan menggunakan gadjet merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik yang pelajari selama setahun semasa program program yang dijalankan oleh UniMAP merupakan suatu teknik yang telah menunjukkan keberkesanannya apabila hampir 70% murid berjaya keluar daripada kelas pemulihan. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.