Hi saya cikgu hanafi, merupakan lepasan ijazah sarjana muda dari USM. Minat dan kecenderungan untuk mengajar tetapi tidak mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang pengajaran. Hanya berbekalkan pengalaman mengajar di pusat pemulihan dalam komuniti ketika praktikum dengan menyasarkan kepada golongan Kelainan upaya lebih berfokuskan kepada pengetahuan asas kehidupan dan juga perkembangan diri. Tetapi Suka mengambil peluang untuk memajukan diri dalam menceburi bidang baru yang digemari. Berminat untuk mengajar dalam subjek bahasa melayu, geografi dan juga sejarah. berpengalaman dan juga mempunyai pengetahuan secara umum berkaitan teknik dan kaedah dan pengajaran yang sesuai mengikut perkembangan dan juga teras sumber pendidikan Malaysia. Malah, sikap diri yang mudah didekati dan juga senang untuk berinteraksi dapat membantu memperkasakan dan melancarkan teknik pengajaran yang berkesan.
Teaching Method(s)
Saya sangat menekankan prinsip kefahaman dan juga interaksi dua hala yang berkesan. Dengan menggunakan teknik lebih berfokuskan minat dan kecenderungan pelajar dengan menekankan kaedah dan cara pembelajaran melalui arus perkembangan semasa, psikologi pelajar, daya tindak pengajaran melalui kreativiti dan inovasi yang mudah difahami. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran juga amat saya tekankan yang dapat menghubung kaitkan subjek tersebut dengan kehidupan pelajar untuk masa jangka panjang. Hal ini dapat membantu pelajar mudah untuk faham dan ingat, disamping dapat menjana pelbagai idea melalui sumber modul dan teknik yang diaplikasikan.