Saya Muhammad Fahimi bin Md Anuar berumur 22 tahun merupakan pelajar Universiti Islam Melaka berkelulusan Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat. Pencapaian saya dalam Sijil Pelajaran Malaysia adalah 6A 2B 3C 1D alumni daripada Sekolah Menengah Imtiaz Dungun. Saya merupakan seorang yang peramah tapi tegas. Walaubagaimanapun, saya akan membimbing murid-murid saya sampai mencapai matlamat mereka. Saya juga sangat berhasrat untuk mengajar anak-anak muda serta sesiapa pun sahaja untuk mengaji al-Quran sedikit sebanyak daripada ilmu yang Allah kurniakan kepada saya.
Teaching Method(s)
1) Mengenal setiap huruf hijaiyyah
2) Sebutan setiap huruf daripada ي - ء secara berbaris atas, baris bawah dan baris depan.
3) Talaqqi
4) Menggunakan Teknik Mendengar dan Membaca
Sebagai contoh: Dimulakan dengan saya melalui bacaan iqra' / quran kemudian diteruskan pula dengan bacaan daripada pelajar
5) Melazimi surah-surah lazim supaya memudahkan lagi sebutan setiap kalimah al-Quran