Profile Picture

Nur Afiq *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Industrial Logistics

Universiti Kuala Lumpur (Graduated)

Kota Samarahan, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam sejahtera, saya Nur Afiq. Saya merupakan seorang eksekutif di syarikat swasta dan mempunyai pengalaman dalam 1 tahun lebih menjadi seorang tutor pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan kekuatan saya dalam dunia pendidikan, dan saya juga berpengalaman dalam mengajar subjek Geografi dan Sejarah untuk pelajar sekolah menengah dan juga Sains untuk pelajar sekolah rendah . Pernah menjadi seorang tutor di salah sebuah pusat tuisyen dan juga pernah menjadi seorang tutor yang mengajar di rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran saya di Johor. Saya juga pernah menjadi salah seorang fasilitator yang mengendalikan seminar menjawab soalan, kem motivasi khas untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar selama beberapa tahun, berpengalaman dalam mendekati pelajar dengan cara yang tersendiri dan juga menjadi seorang ketua fasilitator, di mana semua pelajar dan termasuk guru akan merujuk kepada saya apa aktiviti yang memberi impak yang besar terhadap pelajar, untuk meningkatkan motivasi dan disiplin pelajar. Saya tidak pernah menjanjikan apa-apa, tetapi saya akan cuba yang terbaik untuk mendidik anak muda pada masa sekarang, bukan sahaja dari segi akademik, malah dari segi disiplin dan juga sahsiah pelajar. Hubungilah saya pada hari ini.
Teaching Method(s)
Dengan berbekalkan pengalaman di dalam menjadi seorang tutor, dan 4 hingga 5 tahun dalam mengendali pelajar dalam program motivasi dan juga seminar menjawab soalan, saya yakin bahawa terdapat teknik-teknik dan cara-cara yang bergantung dengan cara dan sikap pelajar tersebut. Teknik komunikasi adalah teknik yang paling penting dalam mendidik pelajar, kerana secara umumnya, bukan sahaja pelajar, malah kita sebagai manusia biasa perlu mendekati seseorang itu dengan teknik komunikasi yang betul. Selepas itu, akan ada pelbagai teknik pembelajaran yang sesuai dengan semua pelajar, di mana pendidikan secara santai dan tidak mendatangkan tekanan, samada pada tutor sendiri mahupun pada pelajar tersebut.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5