Profile Picture

Noor Shazreen *******

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Master Of Highway And Transportation Engineering

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Seremban, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya adalah seorang pendidik yang mempuyai pengalaman hampir 9 tahun dalam bidang pendidikan. Sebagai profesional di bidang pendidikan, saya menggabungkan pengetahuan praktikal dan teoritikal dalam setiap mata pelajaran untuk memastikan kefahaman pelajar ditahap maksima. Saya yakin dengan perancangan dan penyampaian kurikulum yang menarik dan terkini, dapat membantu pelajar meningkatkan daya faham terhadap subjek yang disampaikan. Saya percaya bahawa setiap pelajar memiliki potensi luar biasa. Saya amat berdedikasi untuk menggilap potensi tersebut agar lebih bersinar dengan cara yang betul.
Teaching Method(s)
Untuk menjamin sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan berkesan, penggabungan dan penyesuaian teknik pengajaran adalah bergantung kepada kesesuaian pelajar. Teknik-teknik yang digunakan termasuk:
1) Pembelajaran Berasaskan Masalah
Fokus untuk menyelesaikan masalah sebenar. Menyediakan senario atau masalah kompleks yang memerlukan analisis dan penyelesaian masalah.
2) Soalan Terbuka
Menggalakkan pemikiran kritis dan reflektif. Ini boleh merangsang perbincangan kelas dan membantu pelajar mengembangkan kemahiran analisis.
3) Demonstrasi dan Model
Menunjukkan konsep atau kemahiran dan menyediakan model penyelesaian yang jelas untuk membimbing pelajar.
4) Teknologi dalam Pengajaran
Menggunakan teknologi untuk menyokong pembelajaran, seperti persembahan multimedia untuk nota dan tips penyelesaian masalah.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6