Saya Cikgu Eddy. Saya berpengalaman mengajar kanak-kanak berusia 4-10 tahun membaca dan menulis. Kebanyakkan anak didik saya bermula dengan “zero” iaitu tidak pandai langsung membaca dan menulis. Mereka hanya kenal ABC sahaja. Namun, setelah 3/4 bulan bersama saya, kebanyakkan mereka pastinya dapat membaca dengan lancar. Alhamdulillah, semuanya atas izin Allah. Sekiranya Tuan/Puan inginkan anak Tuan/Puan pandai membaca dan menulis, InsyaAllah saya boleh membantu!
Teaching Method(s)
Seperti kita sedia maklum, kanak-kanak tidak mampu untuk fokus bagi jangka masa yang lama. Oleh itu, saya menyediakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
- Teknik Fonik
- Guna lagu Cory Cat/Abu Ada Ayam
- Gabung Bunyi Guna Kad
- Permainan Gabung Bunyi
- Menulis
- Teknik Reward
- Nota Berwarna
Kita perlu “mix and match” bagi memaksimakan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Kanak-kanak akan lebih tertarik dan sentiasa bagi yang terbaik ketika sesi kelas berlangsung dengan adanya teknik-teknik tersebut.