Profile Picture

Nurul Badriah *******

Diploma / Stpm - Pendidikan Untuk Sekolah Rendah (Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab)

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Bachok, Kelantan

Institut Perguruan

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum, Saya Ustazah Badriah. Saya merupakan siswazah di Institusi Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam yang mengambil kos pendidikan rendah untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Saya mempunyai pengalaman lebih kurang 3 tahun mengajar dalam talian dan baru baru ini saya juga telah selamat menyelesaikan praktikal di Sk Dengkil iaitu di sekolah rendah selama 3 bulan. Selama 3 tahun berpengalaman mengajar dalam talian ini, saya telah mengajar al-quran kepada murid seawal umur kanak-kanak sehingga tahap umur dewasa. Saya juga pernah mengajar subjek Bahasa Arab dan subjek Matematik. Di institusi, kami bukan sahaja diterapkan untuk mengajar subjek kami sahaja, namun segala kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan turut kami pelajari bagi mengajar subjek lain. Insya allah dengan pendidikan dan pengalaman yang saya ada dapat memberikan kepercayaan kepada tuan/puan untuk mengambil saya sebagai tengaja pengajar.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan berbeza mengikut cara anak murid saya belajar mengikut tahap umur mereka. Bagi murid yang masih kanak-kanak teknik yang biasa saya gunakan adalah teknik didik hibur seperti menyanyi, bermain sambil belajar, kuiz berbentuk permainan dan banyak lagi. Selain itu, bagi murid yang sudah remaja, kita sebagai guru mestilah bersikap matang dan tidak boleh bersikap seperti mengajar kanak-kanak. Oleh itu, saya akan menggunakan teknik seperti bercerita, teknik tunjuk cara, teknik penerangan dan banyak lagi.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 6
Pendidikan Islam
Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Arab
Darjah 5 Darjah 6
Jawi
Darjah 5 Darjah 6
Mengaji - Al-Quran
Darjah 5 Darjah 6
Asas Fardhu Ain
Darjah 5 Darjah 6
UPKK
Darjah 5