Hello! Saya Mohamad Alif Najmi Bin Idris merupakan seorang individu yang penuh semangat dan berkomitmen untuk membantu anak didik saya mencapai potensi maksimum mereka. Dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman saya , saya yakin dapat memberikan bantuan yang berharga dalam perjalanan belajar anak didik saya.Sebagai seorang tutor, komitmen saya adalah membantu anak didik saya mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Saya siap bekerjasama dengan ibubapa untuk mengenalpasti aspek yang perlu ditingkatkan, membangun kepercayaan diri, dan mencapai matlamat anak didik saya.
Teaching Method(s)
Pendekatan pengajaran saya memfokuskan bukan sahaja pada pemindahan maklumat, tetapi juga pada pembangunan kemahiran kritis dan kreatif pelajar. Saya menggunakan kaedah pembelajaran yang inovatif, seperti perbincangan kumpulan, simulasi dan teknologi terkini, untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang dinamik dan relevan. Dengan cara ini, anda bukan sahaja memahami bahan, tetapi juga memperoleh kemahiran yang boleh digunakan dalam konteks dunia sebenar.