Saya Cikgu Irfan berpengalaman mengajar selama 2 tahun di UITM ( Part-Time Full- Time), setahun tutor persendirian, 2 tahun kelas Telegram dan 2 tahun menjadi guru di Sekolah Kebangsaan. Subjek Bahasa Cina (SK) merupakan major saya. Manakala, subjek Sains merupakan minor saya di dalam dunia pendidikan. Melihat kemenjadian murid adalah salah satu faktor saya berkecimpung dalam dunia pendidikan ini. Maklamat saya, murid berjaya menguasai subjek yang saya ajar adalah menjadi keutamaan saya. saya sudah berpengalaman mengajar murid yang terdiri dari pelbagai peringkat usia, dari seawal umur 5 tahun hingga dewasa umur 40-an.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya yang diguna bergantung kepada tahap kesusuaian murid. Diperingkat sekolah rendah saya menggunakan ABM yang dihasilkan sendiri. Manakala untuk kelas Online saya akan menyediakan PPT. Suasana kelas yang kondusif menjadi keutamaan saya dalam sesi pengajaran. Saya juga mengutamakan murid yang lemah dari segi 4M tanpa mengabaikan murid yang cemerlang.