Profile Picture

Dzulhadi Bin *******

Sarjana Muda - Sains Komputer (Sistem & Rangkain Komputer)

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Batu Kikir, Negeri Sembilan

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Dzulhadi, atau lebih dikenali dengan panggilan Hadi. Mengambil jurusan Sains Komputer (Sistem dan Rangkaian Komputer) di Universiti Malaya, saya merupakan seorang tutor yang sentiasa bersedia untuk mengatasi cabaran dan dugaan dalam dunia pengajaran dan pembelajaran. Semasa di sekolah, saya sentiasa menjadi tempat rujukan kawan dan junior bagi membantu mereka menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran mereka seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Saya sentiasa komited untuk membantu anak didik saya sehingga mereka berjaya memahami satu-satu topik tersebut tanpa sebarang tekanan. Saya bersedia menjadi tutor untuk anda.
Teaching Method(s)
Bagi teknik pengajaran, bagi setiap subjek saya akan mengambil pendekatan yang berbeza. Contohnya bagi subjek Sains yang memerlukan pemahaman dan penghafalan fakta, saya akan menggunakan akronim yang mudah untuk mereka ingati. Bagi subjek Matematik yang memerlukan pemahaman formula dan cara penggunaannya, saya akan menggunakan teknik pintas supaya pelajar tidak terbeban untuk mengira dengan langkah yang panjang. Bagi subjek Bahasa Inggeris, kebiasaannya untuk memastikan pelajar yakin dengan tatabahasa dan perbendaharaan kata, saya akan menggunakan kaedah yang menyeronokkan iaitu menggalakkan pelajar menonton filem animasi Inggeris, dan menceritakan dengan ringkas apa dapatan mereka daripada cerita berikut dalam bahasa Inggeris. Yang dinyatakan di atas merupakan anatara contoh pendekatan yang saya akan ambil, dan sudah tentu lebih banyak lagi kaedah yang akan saya ambil demi memastikan anak didik saya memahami pembelajaran dengan mudah dan seronok.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 2 Darjah 1 Tadika
Matematik
Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Membaca B. Inggeris
Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1 Tadika
Membaca B. Melayu
Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1 Tadika
Bahasa Melayu
Darjah 2 Darjah 1 Tadika
Bahasa Inggeris
Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Prasekolah - 3M
Darjah 4 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1 Tadika