Saya Cikgu Zulaikha. Saya berpengalaman dalam mengajar Bahasa Inggeris bagi murid sekolah rendah. Saya mengambil jurusan TESL (Teaching English for Second Language). Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan saya juga merupakan tutor bahasa Inggeris bagi murid sekolah rendah.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya akan gunakan adalah tertumpu kepada fun learning. Terutama sekali apabila belajar Bahasa Inggeris saya akan menetapkan fokus kepada 4 skil utama iaitu (listening, speaking, reading dan writing) saya juga akan memberikan fokus kepada 'Language Arts' iaitu pembelajaran berkenaan dengan literasi serta English Literature. Teknik pengajaran secara fun learning akan membuatkan anak murid berasa seronok dan meningkatkan motivasi untuk mencuba berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.