Profile Picture

Nur Zahidah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Kimia

Universiti Sains Malaysia (Nibong Tebal) (Graduated)

Temerloh, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Zahidah. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 1 tahun dalam mengajar murid sekolah menengah. Subjek utama saya dalam bidang pendidikan adalah Matematik dan Matematik Tambahan. Saya mempunyai pengalaman dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang akan digunakan ketika sesi pembelajaran. Ketika sesi pembelajaran, saya merupakan seorang tutor yang bersemanagat tinggi dan komited dalam memastikan anak didik saya memperoleh kefahaman yang maksimum dan seterusnya berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Saya akan memastikan anak didik saya menamatkan sesi pembelajaran dengan satu ilmu baru yang mereka dapat manfaatkan dalam kehidupan seharian mereka.
Teaching Method(s)
Pengalaman selama 1 tahun dalam bidang pendidikan telah mendedahkan saya dengan pelbagai teknik pengajaran yang dapat diaplikasikan. Teknik-teknik yang menarik serta memenuhi keperluan murid akan saya utamakan dalam pelaksanaan sesi pembelajaran. Pendekatan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) merupakan salah satu teknik yang saya aplikasikan misalnya three stray one stay, gallery walk dan rally robin. Penggunaan teknik ini berjaya meningkatkan kefahaman murid bagi sesuatu isi pembelajaran. Ia juga berjaya memupuk kreativiti serta kerjasama dalam kalangan murid bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5