Profile Picture

Middia Arnida *******

Degree (Education Faculty) - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Mentakab, Pahang

Total Teaching : 598 hours

Institut Perguruan

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Menengah

Training B.Melayu Sek Rendah

Motivation In Education

Online Class Preparation

Verified Profile

Featured Tutor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang bertanggungjawab dan bersemangat tinggi dalam mendidik murid-murid sehingga berjaya. Saya mempunyai pengalaman mengajar di dua buah sekolah rendah bagi tahap 2 iaitu kelas bahasa Melayu tahun 5 dan mendapat gred A dalam praktikum tersebut. Selain itu, saya juga pernah mengajar kanak-kanak pra sekolah, tahun 1 dan tahun 3 membaca dan pemahaman bahasa Melayu. Saya juga aktif dalam membimbing murid sekolah menengah bagi subjek bahasa Melayu terutamanya penyediaan soalan ala peperiksaan sebenar dan nota lengkap bahasa Melayu. Saya akan memastikan murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. Mari jadikan saya tutor anda bermula hari ini!
Teaching Method(s)
Saya gemar menggunakan pelbagai teknik pengajaran sesuai dengan tahap penguasaan dan keadaan pembelajaran murid. Antaranya ialah:
-Kaedah belajar sambil bermain untuk memastikan murid-murid berasa seronok ketika belajar
-Teknik didik hibur iaitu nyanyian bagi memastikan murid dapat mengingat pelajaran dengan baik
-Mengadakan perbincangan jawapan bersama-sama murid
-Menerangkan pengajaran dengan lebih mudah difahami
-Memberikan soalan dan latihan selepas sesi kelas berakhir
-Memberikan nota yang menarik
-Memberikan kuiz berkaitan topik yang dipelajari
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tadika
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
3M (Bahasa Melayu)
Tadika
Rating & Review

Puan Shahreen

Bahasa Melayu

21 Nov 2025 12:24

Cikgu Middia memang sangat bagus. Kalau dia dapat ajar anak saya BM secara fizikal....saya akan sangat happy untuk meneruskan Cikgu Middia sbg tutor. Cikgu Middia sangat penyabar dan berdedikasi. She is really focused in her teaching. i appreciate her

Faraliza Mohamed

Bahasa Melayu

25 Oct 2025 14:53

Teacher maddia sgt semangat ajar anak saya dalam bahasa melayu membuat online tutor sgt effective. tq teacher ❤️

Puan Shahreen

Bahasa Melayu

25 Oct 2025 12:02

I see teacher is very focused.....persistent and full of energy. Tq Cikgu

Puan Shahnoom Binti Shahabudin

Bahasa Melayu

21 Oct 2025 20:53

Saya sangat berpuas hati dengan tutor Middia Arnida. Sebelum kelas bermula, tutor Middia Arnida akan hantar notes untuk anak saya. Semasa anak saya menduduki exams akhir tahun, tutor Middia Arnida telah memberi banyak tips dan notes untuk cara menjawab BM paper 1 dan 2. Tips dan notes-tu telah membantu anak saya dalam exams. Saya berharap tutor Middia Arnida akan terus membimbing anak saya untuk meningkatkan prestasi BM di tahun hadapan.

Puan Juliana Bt Mosni

Bahasa Melayu

10 Sep 2025 20:24

Semua sesi kelas telah dijalankan dengan baik dan guru sangat komited dan mengajar anak dengan baik. Setakat ini saya sangat berpuas hati dan berharap ada peningkatan dalam prestasi akademik anak saya nanti. Terima kasih.

Wan Nadrah Binti Wan Yusoff

Bahasa Melayu

01 Jul 2025 22:56

Middia banyak membantu anak saya untuk jadi lebih konfiden dlm menguasai Bahasa Melayu. Terima kasih Middia!

Puan Rohani Binti Ahmad

Bahasa Melayu

10 Jul 2024 09:58

Ozil sgt seronok belajar dalam kelas online ini bersama tutor Arnida. Ozil mudah faham dengan teknik pembelajaran yang digunakan

Puan Rohani Binti Ahmad

Bahasa Melayu

09 Jun 2024 22:14

Anak saya suka dgn cara & teknik pembelajaran yg diberikan oleh Tutor Middia Ardina.