Assalamualaikum. Saya Cikgu Izzah. Saya merupakan seorang yang bersemangat dalam mengajar dan mendidik anak murid saya supaya mereka dapat menguasai apa yang dipelajari sepenuhnya. Saya percaya saya dapat membantu mereka dalam pembelajaran dan menjadikan mereka semakin minat dan cinta pada subjek ini. Dengan pendekatan yang kreatif dan pengalaman saya dalam menyampaikan ilmu, saya berharap dapat membantu murid dalam menguasai Bahasa Melayu dengan keyakinan dan kefahaman yang mendalam. Selain mengajar Bahasa Melayu saya juga dapat mengajar subjek Pendidikan Agama Islam dan juga Iqra’.
Teaching Method(s)
Dengan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, saya akan cuba untuk menerapkan dan menyesuaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian mengikut tahap penguasaan seseorang murid. Pelbagai aktiviti, alat bahan bantu mengajar disediakan supaya murid lebih berminat dan bersedia setiap kali waktu pembelajaran.