Saya mempunyai 5 tahun pengalaman mendidik pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah. Bahasa Inggeris adalah subjek major saya dalam dunia pendidikan manakala subjek Sejarah dan Pendidikan Seni Visual adalah subjek minor. Saya juga menyandang jawatan sebagai Guru Bimbingan Kaunseling dimana membantu saya untuk mendalami masalah dan kelemahan murid di dalam pembelajaran. Saya berpengalaman mengajar silibus SPM bagi subjek Bahasa Inggeris dan telah menyumbang dari segi peningkatan kecemerlangan murid bagi menghadapi peperiksaan SPM.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 5 tahun di dalam dunia pendidikan, saya menggunakan teknik -teknik yang menarik bagi membantu murid untuk memahami sesuatu topik bergantung kepada keupayaan mereka. Saya menggunakan pelbagai pendekatan antaranya ialah pendekatan kaunseling di dalam sesi pembelajaran. Saya juga banyak berkongsi tips dan nota ringkas agar murid lebih mudah untuk memahami topik yang dipelajari.