Saya seorang yang cintakan kanak-kanak. Saya suka mendidik anak-anak kecil. Saya pernah menjadi private tutor sambilan semasa belajar di UKM. Ramai ibu bapa suka akan cara saya mengajar terutamanya subjek Matematik.
Teaching Method(s)
Saya akan mengajar topik yang berkaitan mengikut silibus. Kemudian, saya akan beri contoh untuk beberapa soalan. Seterusnya, saya akan memberi latihan dan menilai sama ada pelajar tersebut faham atau tidak. Jika terdapat kesalahan, saya lebih suka pelajar membuat pembetulan di kertas lain dan membuat perbandingan dengan jawapan asal mereka.