Profile Picture

Muhammad Syaiful *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Culinary Arts Management

Universiti Teknologi MARA (Permatang Pauh) (Graduated)

Dengkil, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Syaiful Amri, berkebolehan menjadi seorang tutor yang baik dalam kurikulum asas sekolah rendah dan menengah. Merupakan bekas pelajar sekolah aliran sains tulen dengan keputusan SPM yang cemerlang, saya menguasai asas kurikulum seperti subjek bahasa (menguasai Bahasa Melayu, English dan Bahasa Arab), subjek sains dan matematik serta subjek agama. Mempunyai latar belakang sebagai seorang Ketua Pelajar di sekolah, saya mempunyai skil kepimpinan serta disiplin yang tinggi. Seorang yang berjiwa muda, periang dan mudah didekati, saya yakin pelajar akan berasa selesa dan tidak kekok sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Seorang yang sopan dan tidak garang, lebih mempunyai perwatakan seorang abang yang membimbing dan mendidik berbanding perwatakan seorang cikgu yang mengajar di hadapan bilik darjah.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai boleh diaplikasikan sesuai mengikut umur dan karakter pelajar. Saya mahir untuk mengimbangi penerapan ilmu teori dan praktikal supaya pelajar lebih mudah untuk memahami asas pembelajaran tersebut. Penggunaan bahasa yang mudah dapat memastikan huraian mudah difahami oleh pelajar. Pendekatan yang mesra juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar secara santai tanpa tekanan. Teknik pengajaran secara visual dan bercerita sering digunakan bagi menambah minat pelajar untuk fokus dalam memahami, mengingati dan mengaplikasikan pelajaran tersebut dalam kehidupan seharian.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 3
Sains Tingkatan 3
P. Islam Tingkatan 3
Bahasa Arab Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 3
Usuluddin Tingkatan 3
Maharat Al-Quran Tingkatan 3
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 3
Syariah Islamiah Tingkatan 3