Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai semangat yang tinggi dan berorientasikan matlamat. Oleh itu, saya akan membimbing anak didik saya mencapai matlamat yang diinginkan. Saya juga adalah seorang yang fleksible dalam mengajar kerana saya memahami bahawa setiap individu memiliki gaya belajar yang berbeza. Oleh sebab itu, saya fleksibel dalam menyesuaikan gaya pengajaran saya untuk memenuhi keperluan individu anak didik saya. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pembelajaran diskusi terbuka supaya anak didik saya bebas melontarkan pertanyaan. Selain itu, nota ringkas warna-warni dan latihan berulang juga digunakan supaya anak didik saya lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu. Bagi kelas dalam talian, saya menggunakan video konferensi supaya mudah untuk berinteraksi secara langsung serta elemen multimedia seperti video pembelajaran atau animasi juga digunakan.