Saya berpengalaman mengajar di Universiti sebagai penyarah selama lebih dari 5 tahun dan juga mempunyai pengalaman mengajar tuisyen selama 2 tahun. Saya seorang yang berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas sebagai tenaga pengajar. Saya yakin, dari pengalaman sebagai seorang tenaga pelajar, saya mampu memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar saya kelak.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang pendidik, teknik pembelajaran yang saya gunakan seiring dengan kemajuan teknologi zaman kini dan mudah difahami oleh semua pelajar. Kaedah yang penting dan mudah dilaksanakan adalah dengan menggunakan kaedah komunikasi dua hala yang menekankan komunikasi antara guru dan murid semasa proses pembelajaran. Saya juga akan menyediakan nota yang ringkas, padat dan mudah difahami kepada pelajar sebagai rujukan.