Saya Cikgu Nurul. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 8 tahun dalam mendidik pelajar pra sekolah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan pra, manakala Bahasa Melayu merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar pra cemerlang. Nak anak cerdik matematik serta berkemahiran mengira? Hubungi saya hari ini
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah mudah mengira untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menggunakan teknik pembelajaran harmoni untuk memudahkan pelajar mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.