Profile Picture

Nor Syahirah *******

Sarjana Muda - Fizik Gunaan

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Kajang, Selangor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Nor Syahirah Rozlan berumur 25 Tahun. Saya mula berjinak dalam bidang tutor bermula 1 Januari 2019 sehingga kini. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah dalam mata pelajaran matematik, sains, fizik, kimia dan dan mengaji iqra. Saya juga dijemput oleh pihak sekolah untuk menjadi fasilitator dalam subjek matematik dan fizik pada tahun 2018 dan 2019. Disamping itu, saya juga telah berjaya membantu pelajar saya dalam menduduki peperiksaan bagi kemasukan MRSM. Saya berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan pengajaran saya supaya lebih banyak pelajar didedahkan dengan teknik belajar berkesan, cepat dan santai. Tuan/ Puan boleh hubungi saya jika tuan/ puan berhasrat supaya anak-anak skor dalam mata pelajaran di sekolah dengan cemerlang tanpa sebarang tekanan . Hubungi saya dengan segera.
Teaching Method(s)
Berdasarkan pengalaman saya, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dan santai dalam mencapai objektif pembelajaran. Di samping itu, latihan yang secukupnya merupakan satu aspek penting bagi mendedahkan para pelajar terhadap jenis soalan peperiksaan serta teknik menjawab dengan betul. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Rating & Review

Syaimak Binti Abdul Shukor

Kimia

good

Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 6
Matematik
Darjah 6 Tingkatan 3 Tingkatan 5
Membaca B. Melayu
Tadika
Sains
Darjah 6 Tingkatan 3
Pendidikan Islam
Tingkatan 3
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah
Tingkatan 5
Kimia
Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 5