Saya merupakan graduasi dalam bidang perakaunan dan pengurusan perniagaan dari Universiti Teknologi MARA yang komited dalam ingin membantu pelajar mempunyai dasar yang kukuh dalam bidang Matematik. Saya juga telah mendapat didikan dari SMK(A) Naim Lilbanat dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Saya percaya setiap pelajar mempunyai peluang dalam medapat keputusan yang cemerlang jika mereka berusaha dan mendapat sokongan daripada sekeliling.
Teaching Method(s)
Kerana Matematik itu mudah, saya menerapkan konsep yang mudah difahami oleh pelajar terutama dalam asas-asas Matematik. Teknik yang selalu dipraktikkan adalah melalui kaedah induksi supaya pelajar dapat fakta dan rumusan daripada contoh matematik. Selain itu, teknik perbincangan dan kaedah penyoalan juga digunakan agar dapat merangsang minda pelajar berfikir secara teliti dan wujud komunikasi dua hala antara pelajar dan pengajar.