Saya Adlina. Saya merupakan seorang pelajar dari Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan. Sekarang saya sedang menjalani Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang major Bahasa Melayu dan juga Seni selama 2 tahun lebih. Kepakaran saya adalah saya dapat mengajar subjek Bahasa Melayu dengan baik. Malah saya juga dapat meningkatkan motivasi dan semangat dalam diri pelajar. Mahu anak cemerlang dalam Bahasa Melayu? Hubungi saya!
Teaching Method(s)
Mempunyai pengalaman menjadi tutor sambilan membuatkan saya dapat menerapkan teknik-teknik yang berkesan kepada pelajar untuk skor Bahasa Melayu. Penyediaan BBM yang menarik menggunakan teknologi kini merupakan kepakaran saya untuk mewujudkan suasana yang seronok semasa belajar. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang saya kuasai membolehkan saya mendekati murid agar dapat menguasai ilmu yang diajar.