Profile Picture

Ummu Umairah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu / Matematik Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Johor Bahru, Johor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru yang sedang cuti semester untuk beberapa bulan. Sepanjang pengajian di ipg, saya telah mendapat gred cemerlang dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Taman Daya 1 dan 3. Saya juga baru sahaja berjaya menamatkan praktikum fasa 1 di SK Kampong Chap. Saya mampu berhadapan dan mengajar pelbagai jenis murid kerana telah didedahkan dan alami sendiri di sekolah tersebut dan juga berdasarkan kursus psikologi (subjek generik IPG). Saya juga telah mengambil subjek kurikulum bahasa melayu dan matematik dimana saya telah didedahkan dengan DSKP atau isi kandungan kedua subjek ini. Saya mampu merancang dan menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan baik sesuai dengan tahap anak anda.

Selain itu, saya juga boleh melaksanakan sesi ulangkaji dengan lebih berkesan. Sesi ini tidak hanya terhad kepada penjelasan konsep, tetapi juga melibatkan pendedahan kepada teknik mudah dalam menjawab soalan. Sesi ini membantu anak anda memperoleh pemahaman yang mendalam dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk menghadapi ujian dengan yakin.

Teaching Method(s)
Salah satu kelebihan saya ialah saya mampu menjalankan PdP berasaskan teknologi dan permainan interaktif. Pengajaran ini mampu menarik minat murid belajar dengan lebih aktif.

Saya juga boleh mengajar menggunakan kaedah pendekatan induktif mahupun deduktif.
Jika anda inginkan pengajaran melibatkan pemikiran kreatif dan mendorong untuk mencapai pemahaman konsep melalui contoh atau pengalaman langsung, pendekatan induktif mungkin lebih sesuai. Di sisi lain, jika anda ingin menekankan prinsip umum terlebih dahulu dan kemudian menerapkan ke dalam situasi praktikal, pendekatan deduktif mungkin lebih sesuai.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4