Profile Picture

Nur Najiha *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Biology & Biotechnology

Carleton University, Canada (Graduated)

Pelabuhan Klang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Biologi & Bioteknologi. Saya mempunyai minat mendalam dalam bidang sains, biologi, bahasa Inggeris, dan matematik.
Saya seorang yang tegas dan gigih terutama dalam bidang pelajaran. Saya percaya bahawa interaksi yang positif dan mesra adalah kunci untuk membangunkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Saya sangat komited untuk mencipta persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran yang efektif.
Kelebihan saya adalah seorang yang bertanggungjawab, rajin, memiliki skil pengurusan masa yang baik, dan kecekapan dalam memahami keperluan pelajar. Saya yakin bahawa melalui pendekatan yang teliti, pengetahuan serta pengalaman saya, saya dapat memberikan sumbangan yang positif kepada perkembangan akademik pelajar.
Saya berharap dapat memberikan sumbangan kepada institusi ini melalui pengalaman dan kebolehan saya sebagai seorang tutor. Saya amat bersemangat untuk berkongsi pengetahuan dan membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka dalam bidang berkaitan.

Teaching Method(s)
- Membuat persediaan yang teliti dalam merancang bahan pengajaran asas serta bahan tambahan yang relevan dan menarik untuk memudahkan pemahaman pelajar.

- Menggunakan kaedah pembelajaran menarik dengan bantuan teknologi bagi kemudahan pelajar.

- Peka terhadap keupayaan dan pencapaian pelajar, dan berusaha untuk mengatasi sekiranya terdapat kelemahan
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Mathematics DLP Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Science DLP Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Chemistry DLP Tingkatan 4
Biology DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5