Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai pengalaman mengajar di sekolah rendah. Saya berniat untuk membantu dan berkongsi ilmu kepada anak didik saya untuk mereka gapai kecemerlangan dan kejayaan hingga ke Menara Gading. Saya seorang yang tegas dalam mendidik tetapi peramah dengan mengikut suasana. Saya akan pastikan anak didik saya tidak tertekan dalam proses pembelajaran mereka. Saya mahu melihat anak didik akan menjadi insan yang bermanfaat di masa akan datang kerana mereka seperti kain putih yang memerlukan corak dan warna dari kita dan kerana niat baik memberi ilmu dan mendidik mereka, Allah S.W.T..akan permudahkan. Pilihlah saya sebagai Tutor anda.
Teaching Method(s)
1. Pembelajaran melalui lagu - Mendidik anak murid sambil berhibur dan bernyanyi, ajak anak murid nyanyi bersama.
2. Teknik berulang - Menyeru anak murid membaca berulang kali bagi memperkukuhkan teknik membaca.
3. Pengajaran individu atau berkumpulan - untuk memberi fokus lebih kepada murid.
4. Beri maklum balas positif - Bagi meningkatkan keyakinan anak murid ketika belajar.