Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar saya bagi membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik. Saya juga berfikiran kreatif dalam menyampaikan pengajaran bagi mengelakkan pelajar saya berasa mudah bosan namun begitu saya masih perlu tegas untuk memastikan setiap pengalaman dan pembelajaran yang diperolehi bermanfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan nanti.
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah belajar sambil bermain di mana teknik ini digunakan untuk menarik minat pelajar saya sekaligus memberi proses pengajaran dan pembelajaran sambil berseronok dan holistik. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni dan menarik untuk perkembangan serta kemahiran yang diperlukan oleh setiap pelajar bagi kelas dalam talian.