Nama saya Sarimah binti Mohamed Nor seorang guru Matematik dan Matematik Tambahan yang baru bersara dari Sekolah Kerajaan setelah berkhidmat selama 33 tahun. Sebelum bersara saya adalah seorang Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik. Semasa berkhidmat kami sentiasa dimaklum dengan silibus terkini. Saya telah menjalankan tuition sejak saya belajar diUniversity lagi. Sekarang setelah saya bersara, saya menjalankan tuition untuk membantu murid-murid membina kefahaman dan menggunakannya untuk menjawab soalan peperiksaan. Disamping itu juga, murid perlu memahami kepelbagaian soalan dan tahu cara menjawab soalan-soalan tersebut.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya bergantung kepada tahap pencapaian murid tersebut. Jika murid lemah pengetahuan asas, saya akan bantu dari segi membina foundation murid terlebih dahulu dan seterusnya membantu dari segi menjawab soalan. Bagi murid yang foundationnya agak kukuh, saya akan buat drilling berbagai jenis soalan.