About Me
Salam sejahtera, saya Cikgu Raihanah, seorang tutor yang penuh dedikasi dalam penyampaian bagi pendekatan pembelajaran yang menarik. Sebagai Jurutera, Subjek Matematik merupakan subjek yang menjadi fokus utama saya dalam bidang kejuruteraan, sementara Bahasa Inggeris dan Fizik adalah minor tambahan saya. Kebolehan saya dalam menyusun prosedur modul pembelajaran telah membantu mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik sebagai jurutera, disamping memberikan motivasi dan panduan untuk masa depan yang lebih cerah.
Saya juga aktif mengendalikan program-program untuk pelajar di sekolah dan universiti, pengendalian dalam permahaman dan menguasai mata pelajaran dengan lebih baik. selain itu, saya tidak hanya terbatas pada aspek akademik, tetapi juga dalam meningkatkan motivasi dan disiplin di kalangan pelajar.
Jika IbuBapa ingin anak-anak mencapai kejayaan akademik, meningkatkan keyakinan diri, dan memiliki masa depan yang lebih baik, hubungi saya hari ini bagi slot mengajar. Saya dengan senang hati akan membantu mencapai matlamat pendidikan yang diinginkan!!.
Teaching Method(s)
Saya Cikgu Raihanah, yang menerapkan teknik-teknik pengajaran yang menarik, disesuaikan dengan keupayaan unik setiap pelajar. Saya juga mempraktikkan teknik didik hibur untuk mencapai objektif pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan. Kepakaran saya terletak pada pendekatan peta minda, yang disesuaikan dengan keperluan subjek yang diajar.
Saya menggabungkan pelbagai pendekatan untuk memastikan pemahaman yang mendalam, memastikan para pelajar mampu menguasai ilmu yang diajar.
Visi saya sebagai pendidik adalah untuk melihat anak-anak murid saya dalam mencapai kecemerlangan. Saya berkomited untuk terus memberikan pengajaran yang menginspirasi dan membawa impak positif pada perkembangan akademik mereka.