Hi, saya Alif Haiqal, seorang akauntan yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang perakaunan selama 2 tahun. Sekarang, saya bekerja di sebuah firma perakaunan ternama di Malaysia iaitu Tricor dan saya mempunyai hasrat untuk memajukan pemahaman generasi sekarang tentang standard perakaunan yang dianggap sukar di dalam pemikiran masyarakat kini.
Teaching Method(s)
Teknik Pengajaran lebih kepada membentuk kefahaman kepada pelajar terhadap asas dan skill terhadap Prinsip Perakaunan. Contohnya, pemahaman terhadap fungsi debit dan kredit akan memudahkan pelajar untuk membentuk jurnal dan lejar atau pemahaman terhadap fungsi fungsi penyata kewangan seperti kunci kira kira dan penyata pendapatan bagi memastikan pelajar tidak menghafal struktur penyata penyata kewangan.